Posted on 5th Jun 2009 @ 12:59 AM
"petikan drpd Utusan Malaysia 12 Mei 2009"
Wanita memang terdedah dengan pelbagai penyakit hinggakan jika meminum air dari botol plastik biasa sekali pun boleh menjadi punca kanser payudara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yg dilalui oleh selebriti antarabangsa, Sherryl Crow. Dia mengakui salah 1 punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yg diletakkan di dalam kereta.Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam 1 rancangan bual bicara Ellen show tidak lama dulu.
Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yg memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yg dapat menyebabkan kanser payu dara.
Dalam 1 kajian yg dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara USM tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yg terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.
Beliau berkata ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yg terkandung di dalamnya.
Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.
menurut Pengurus Pemasaran Tupperware Brands Msia,
Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yg tidak mengandungi racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menghidang, menyediakan dan menyimpan makanan. Bekas air Tupperware memang disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.
Walaupun begitu tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yg tidak sesuai dikeluarkan melalui proses pemanasan gelombang.
Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.